Kempen Ineternet Selamat (Safe & Shield) - Awasi Perangkap Berita Palsu
20 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 19 Julai 2025 2025, telah berlangsung KEMPEN INETERNET SELAMAT (Safe & Shield) - Awasi Perangkap Berita Palsu. Program ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:00 petang sehingga pukul 04:00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib memberi penerangan mengenai cara yang digunakan oleh orang sekarang dengan mengedit gambar untuk menyebarkan berita palsu. Selain itu, Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib memberi penerangan kenapa berita palsu bahaya. Antara lain, Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib memberi penerangan contoh saluran berita palsu. Akhir sekali, Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib memberi penerangan peraturan perundangan mengenai berita palsu.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang Perangkap Berita Palsu. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan antara staf NADI, peserta dan pihak Safe & Shield.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: